Sambungan......
Kbahagiaan Laila tidak dsenangi oleh sesetengah pihak. Dan ada juga yang mencemburui hbungan bahagia laila bersama kluarganya yang sungguh sempurna. Kluarga laila mulai retak apabila munculnya org ketiga dlm kluarga laila. Keadaan laila makin bertambah teruk apabila suaminya sndri si Ali tiba2 membenci laila yang teramat sangat...
Laila & Ali seringkali bertekak disebabkan hal2 yang remeh. Ketika umur siti memasuki 8 tahun, hbungan laila & Ali makin bertambah tegang. Siti tidak lagi merasakan kebahagiaan dari pasangan tersebut. Siti juga berasa takut apabila Ali marah, smua barang2 seperti pinggan mangkuk akan terbang kerana dibaling oleh Ali.. Sikap Ali berubah menjadi seorang yang ego dan pemarah.
Ali adalah anak pertama dr 7 org adik beradik. Dy adalah seorang abang yang amat baik buat adik2nya. dy bkn seorang yang pemarah n juga bukan seorang yang ego.
Nak dijadikan cerita....
Ada seorang wanita yang berasal dari kampung yang sama dengan ali, sudah lama meminati si ali. Akan tetapi, cintanya pernah ditolak kerana sebab yang tertentu. Aminah adalah namanya. Dia merasa sangat bengang apabila dia mendapat tahu bahawa ali akhirnya memilih laila untuk menjadi pasangan hidupnya. Aminah semakin bertambah cemburu dengan kehidupan ali n laila yang sangat bahagia selepas mereka berkahwin. Aminah semakin iri hati apabila pasangan itu sangat bahagia dengan kehadiran siti dalam keluarga tersebut . Aminah selalu mengatakan bahawa laila yang merampas kebahagiaannya. Dia juga berhasrat untuk merampas kebahagiaan tersebut dari laila. Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Aminah masih lagi menunggu Ali seperti menunggu buah durian yang tidak jatuh.
Dengan Takdir Allah s.w.t,
Ketika siti berumur 9 tahun dan berada di darjah 3, Ali telah menceraikan laila buat selama-lamanya. Siti diberikan penjagaan kepada Ali kerana pada masa itu, Ali mempunyai pekerjaan tetap (menjaga ladang getah dan kelapa sawit). Laila berpindah kembali ke rumah orang tua nya. Laila tidak mempunyai apa-apa pekerjaan kerana dia bergantung penuh terhadap suaminya dan harta yang dimiliknya dahulu. Rumah yang didiami oleh laila dan ali suatu ketika dahulu ialah jenis Rumah kayu 2 tingkat.
*zaman dulu, rumah boleh di angkat2 sbb dibina menggunakan kayu.
Tingkat bahagian atas rumah, dimiliki oleh laila. Laila meminta bantuan orang kampung untuk mengangkat rumah yang dimiliknya dan diletakkan dihadapan rumah ibu bapanya. Bahagian bawah rumah dan tanah tersebut dimiliki oleh Ali. Tanah tersebut ialah hadiah yang diberikan oleh ayah mertuanya suatu ketika dahulu.
Selepas kejadian itu, Laila hidup dalam keadaan yang amat kecewa. Pada tahun yang sama, ibu laila jatuh sakit tua dan meninggal dunia. Adik bradik laila sungguh simpati dengan laila dan ingin mencarikan pasangan buat laila. Akan tetapi, laila tidak lagi menginginkan untuk berkahwin. kerana dy takut akan dikecewakan buat kali ke dua. Saat dan ketika itu juga, Laila berazam n bertekad untuk menyara hidupnya sendiri tanpa meminta bantuan orang lain. Dy ingin membuktikan dengan orang kampung, wlaupun dy hidup seorang diri selepas diceraikan, dy juga boleh hidup tanpa bantuan siapa2.
Dengan takdir Allah s.w.t juga,
Akhirnya Ali dan Minah mendirikan rumah tangga pada tahun berikutnya. Ali berkahwin kerana ingin mencari peganti seorang ibu buat siti. Minah yang selama ini mengimpikan kebahagiaan bersama Ali, akhirnya berjaya dimiliki. Akan tetapi, aminah tidak suka akan kehadiran Siti. Sesetengah orang kampung ada yang mengatakan bahawa aminah ada menggunakan ilmu untuk mendapatkan Ali. Kesahihan pendapat itu tidak dapat dikenal pasti.
Perasaan kecewa bercampur benci di dalam hati Laila semakin bertambah apabila dia mengetahui Ali berkahwin dengan Aminah. Laila amat membenci Ali buat selama-lamanya. Selepas beberapa tahun, kesihatan Laila semakin pulih. Laila bekerja sendiri dengan menjual nasi lemak dan mee bungkus menggunakan basikal yang dimilikinya. Keuntungan yang dimiliki, disimpan oleh laila.
Selang beberapa tahun, ayah laila jatuh sakit kerana sakit tua~
Semasa ayahnya masih hidup, dy telah mninggalkan wasiat supaya harta tersebut dibahagi sama rata kepada smua adik bradiknya. Ketika ayahnya jatuh sakit, laila yang menjaga makan minum buat ayahnya. Abangnya yang duduk berjiran di sebelah rumah, kerap kali datang menjengguk untuk mengguruskan ayahnya. Akan tetapi Allah lebih sayang akan ayahnya.. ayahnya meninggal dunia selepas 3 tahun laila bercerai. Laila berkurung dirumahnya dari orang ramai... dia seorang yang murung... Abang dan kakaknya tidak lagi menghiraukannya selepas mereka mendapat harta peninggalan ayahnya yang amat banyak.
Ada diantaranya berpindah ke luar kota dan ada diantaranya berpindah mengikut suami. Tinggal lah laila bersama kakak nya yang juga jiran di hadapan rumahnya. Abang iparnya sangat baik. Selepas kejadian itu, Laila menjadi seorang yang ego dan keras kepala... Kehidupannya sungguh berbeza.. Hidup dalam keadaan yang murung... tidak lagi berbahagia seperti dulu. Siti tidak lagi dibenarkan untuk berjumpa dengan laila. ali sama sekali melarang sekiranya siti ingin berjumpa dengan laila.....
Laila juga tidak menghiraukan siti. Tiada seorang pun yang mengetahui penyakit murung yang dialami oleh laila. Disebabkan oleh kemurungan yang berlanjutan, Laila mempunyai perangai yang agak pelik. Dia suka menanam... Tapi bukan menanam pokok...
Bersambung ...