Sdang asyik bkerja di Jab Pem. Kemahiran ni, tbe2 dpt email perkongsian dari Kementerian Sumber Manusia... :-) Jadi, i nk share la email tu dgn kamu smua....
PERKONGSIAN HADITH : SENYUM ITU SEDEKAH
Hanya dengan senyuman ganjaran pahala menanti, tetapi ramai yang berat untuk mengukir senyuman bila bertemu mata. Islam itu indah, Islam itu mudah. Sedekah bukan hanya dengan harta benda tetapi perilaku dan akhlak yang mulia iaitu "SENYUM" dikira sebagai satu sedekah. Sama-samalah kita hayati hadith baginda Rasulullah SAW.
Senyum itu Sedekah
Maksud Hadith:
Daripada Aishah RA katanya, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW ketawa kuat sehingga nampak anak tekaknya,
(tetapi) Baginda hanya tersenyum sahaja.”
Riwayat: Bukhari dan Muslim
Huraian Hadith:
1. Rasulullah SAW merupakan contoh yang paling tepat dan baik di dalam semua perkara.
2. Seseorang itu dilarang ketawa sehingga terbahak-bahak. Banyak ketawa menunjukkan seseorang itu lalai daripada mengingati Allah dan menghilangkan rasa hormat daripada orang lain.
3. Islam sentiasa menggalakkan seseorang itu senyum, kerana senyuman itu merupakan satu sedekah.
org kate senyum tu penawar segala masalah
ReplyDeletebtul tu dear Hajar... tu adalah salah satu drpd kebaikan senyum.... banyak lg kebaikan yang akan diperolehi :-)
Deletesenyum itu juga rahsia awet muda ;)
ReplyDeletebtul tu Cikgu.... macam Cikgu la...awet muda... hihi
Delete